Tuesday, September 9, 2008

It is my day! (Part 3)

Setelah terpersona dengan kecantikan Selat Melaka melalui "It is my day (Part 2)", kami telah menempah 1 bilik untuk menyambung sambutan anniversary kami. Kami memilih bilik yang mengadap Selat Melaka (again), so agak mahal sedikit-rm 300++, tambahan lagi kena hari Sabtu. Aku agak excited untuk bercerita mengenai percutian kali ini kerana, ini kali pertama aku bermalam di hotel kat town Melaka, yang berapa minit aje boleh balik rumah ambil barang;) (oh aku pernah la tido kat A-Famosa tu, tp tu lain sbb ada Water World). Yang kelakarnya, Husna ingat dia pergi KL;)

Biliknya bersih (yelah hotel baru katakan), gambar2 yang sangat unik, berserta seterika, bathrobe dan kelengkapan yang patut bilik hotel ada. Di sini, guest boleh pilih bath tub atau pun power shower. Secara jujur, aku tidak se-surprise-mana, kerana ini hotel baru tapi pemandangan dari bilik kami sangat memeranjatkan seperti aku cerita sebelum ini...dari bilik kami, boleh nampak The Jetty, Masjid Selat Melaka dan sudah tentu Selat Melaka yang aku sangka sudah lama terkubur kecantikannya=) Korang boleh tengok kat sini, apa yang aku maksudkan. Swimming poolnya juga menarik - dari hadapan kelihatan seperti 'tergantung'. Kami bawa Husna sebelah petang, melepaskan 'gian'nya..hehe sampai lupa nak ambil gambar.

Tema dinner malam itu ialah 'Fisherman's Catch' (kot), kena betul dengan kesukaan kami sekeluarga. Tak ramai orang so kami dilayan begitu baik dan mesra sekali [Baca: Harusla kan ko layan aku - aku bayar 50+ sekepala ok]. Bila tanya Husna dia nak makan apa, boleh tak dia ckp dengan waiter tu - "I want scramble egg!". Dengan tidak keberatan, dia pun memesan untuk kami. Selepas itu barulah, Husna nak makan udang. Amran pun tak lepas peluang mencuba tiram - aku? belum sanggup lagi. Paling aku enjoy sekali ialah waktu menikmati dessertnya...yum yum yum! Burp!=)



Oh, malam kami tidak habis lagi. Oleh kerana kami berdepan dengan The Jetty - salah 1 outletnya ialah GoGo KTV Box (boleh baca review & pic nya di sini), Amran nak sangat pergi berkaraoke sampaikan Waiter itu (sorry lupa nama awak;) sangat baik sekali, telah menempah 1 bilik untuk kami. Aha, aku rasa segan pula nak pergi karaoke di Melaka, dengan bawak anak sekali..uh uh! Helo, kalau jumpa students aku macamana? Boleh la kan diorang ckp - "Ohh miss, that's why you havent marked my test yet....you bz karaoke-ing only!!? "(Mati aku). Oh guess what, yes, I did meet with my students:p GoGo tempatnya selesa, bersih dan sesuai la kalau nak bawak family sebenarnya=) Untuk menghangatkan malam kami, kami menjemput Adik untuk 'sumbang'kan lagu2...hehe..tengok gambar kanan tu, macam artis fofular! Husna pun nyanyi juga - lagu ABC, Baa Baa Black Sheep dan sebagainya.

Esok tengahari, kami check-out. Adik amik Husna pegi kenduri, Mama & Papa dia pegi shopping...hahaha. Minggu tu, betul2 berlagak macam orang-kaya-tak-ingat-dunia!

Moral of the stories:
1) Menarik + cantik juga Melaka ni ye!
2) Ye, Ana, saya perlu dapatkan camera yang gempak.

1 comment:

Anonymous said...

karaoke ajakler kiteorg lenkli.. aha..

husna ttipu lagi.. melaka pon mcm kl dah ke.. hehe

 
Template by freebloggerdesigns