Tuesday, July 29, 2008

New toy for Husna (really?)

Dulu Mama & Papa Husna main ini ...
Sekarang, ini pula...
and Mama & Papa dia, tumpang empat kaki...hehe...
<<im planning to review about this Wii,later;)>>

Monday, July 28, 2008

Friday, July 11, 2008

Selamat ke Rahmatullah

Semalam, 10 July jam 3.10am, Mak We menghembuskan nafas terakhirnya di rumah kediamannya-just like what she always wanted. Ayah, Ibu Jah dan Mak Chu menemaninya ketika saat-saat akhir. Aku dan lain2 tiada rezeki menemankannya ketika itu. Muaz, Ayah Su Shafiq dan Nadirah mungkin lagi sedih kerana tidak sempat menatap wajah tenang Mak We. Apabila mereka sampai, Mak We sudah pun dikebumikan.


According to Ayah & Ibu Jah, she went peacefully and easily. Her face just like before she got her stroke. I am glad she left not because of having heart attack or seizure as she had a few times while she was in the hospital before. I guessed she left because it's time to go.

That evening, I spent 2 hours with her while we were waiting for the doctors to prepare the discharge documents. I asked her to open her eyes, she just moved my fingers. But when I said, "Mak We, kita nak balik ni", she opened her eyes and looked at me. I smiled and nodded to her. Then she closed back her eyes. Later came the staf nurse and talked to her. The nurse said she was in semi-concious but she could hear us. She apologized on behalf of Ward 3 and asked her to remember Allah. But when she said "Makcik nak balik ye", again Mak We opened her eyes and I could see she was trying with all her last strength to say "Nak balik" and I could hear it! Oh, she really wanted to go home badly.

Mak We, I'm going to miss you badly. I love you and always will. Now I know why we call them grandparents, because they give us Grand-Love. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Thursday, July 3, 2008

Doakan dia...

Mak We berada di hospital sejak Ahad lepas. Ada darah beku dalam kepala dia selepas buat CT-Scan. Selepas 3 hari, baru dia sedar. Alhamdullilah progress dia baik walaupun tak 100%. Berbanding di rumah haritu, she is getting ok slowly. Aku seperti dapat rasa Mak We kuat lagi, belum nak mati. She is really a fighter. Tapi aku kesal sangat, anak-anaknya dah sign surat perlepasan untuk tidak menerima alat bantuan hidup sekiranya tiba-tiba dia coma. Dan mereka tak setuju, untuk membedah keluarkan darah beku tu. Aku dah bising kat Ayah, tapi ayah kata "semua taknak, ayah nak buat macamana, Mak We dah tua". :-<

Kelmarin, Mak We aktif sedikit. Dia cakap dia nak balik and dia lapar, suruh masak bubur;) Dia nampak Husna dan dia senyum. Masa ni, aku ambil kesempatan cakap kat dia "Suriani sayang Mak We tau, Mak We kuat kan, baik cepat ye". Dia kenal orang-orang yang datang melawat dia. Mak S'wak, jaga dia waktu siang selepas Mak E and Mak Chu balik. Malam, Adik jaga (kudos to Adik). Cik Syam, Cik Nor and Ayah, sentiasa ada.

Semalam, dia pasif. Orang datang dia buka mata sekejap je. Husna dah berani skit, dia lambai Mak We dan ckp "Awe, cepat balik, jom jom". Pandai anak mama:)

2 minggu lepas (Isnin), dia jatuh kat dapur, kepala dia berdarah. Bila bawak ke hospital, doktor scan kepala dia kata takde apa2, boleh balik. Siapa lah doctor yang PANDAI sangat tu! Selepas 2 hari, dia mula meracau, tak ingat orang dan macam mamai aje. Aku dah ckp kat semua orang, suruh bawak Mak We ke hospital, pegi check semula. Dia dah tak makan, tanak makan ubat, for sure lah dia macam tu. Semua orang mcm bingung and kept saying "tadi petang/pagi dia ok". DEGIL. Makcik2 aku ni ingat diaorang ni doctor pakar agaknya!

Sampailah hari Ahad, bp dia terlalu rendah, dia terlalu lemah dan tak ingat orang. Malam tu lepas baca Yasin, Makcik Su (dia ni senior staff nurse) check and cakap better bawak dia ke hospital sebab dia makin lemah tapi jantung dia masih kuat. Buat apa mengadap aje, bukan boleh buat apa2. Tangan dia pun tak ada respon dan dah lebam2 -Makcik Su kata oksigen kurang di situ. Aku, Abah, Makcik Su, Pak Ngah Rosli dan Ustaz Ibrahim berjaya memujuk Ayah dan adik-beradiknya untuk bawak Mak We ke hospital. Aku memang conpius sangat kenapa Ayah lambat and takut buat keputusan waktu ni. Mungkin Ayah bingung/pressure sebab semua orang harapkan Ayah buat keputusan walaupun dia bukan anak sulung.

Ya Allah, sembuhkan dan kurangkan lah kesakitan Mak We. Kaulah yang Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui. Kuatkan lah semangat dia dan keluarga kami. Amin, ya rabbal'alamin.
 
Template by freebloggerdesigns