Monday, March 3, 2008

Selamat Pengantin Baru, Nurul!

Kali ini, giliran Mak E & Ayah Zul pula mendapat menantu. 3 hari kami 'berkampung' di Bandar Baru Sentul. Walaupun majlis tak dibuat di atas tanah, tapi terasa kemeriahannya. Seronok, sesekali semua berkumpul...sembang2, dpt cerita terbaru dan juga aktiviti menganyam ketupat!:)) Yelah, keluarga sebelah ayah besar, so memang kecoh and meriah. Abg Sepul & isterinya dari Sarawak pun dtg..heh, berani dia tak dtg, dia kawin, kami book 1 kapal(terbang) ke Sarawak;) Pakcik Jenal pun ada - DJ import dari Melaka.

Husna pun happy, ramai kawan2...ada Nina, Thuraiya, Widat, Idris, Pika & Kuna. Yang boys, diaorg main dgn boys la, Idris je, sbb dia kecik lagi.

Jumaat, majlis nikah - dibuat di Surau Flet Sri Perak. Cantik Nurul pakai tudung...lain sekali muka dia. Esoknya, kenduri dilangsungkan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah, KL.
Ramai jugak sedara dari Melaka yang sampai. Tapi yang paling menarik perhatian ialah kehadiran PakLong anak-beranak. Heh, ber-'drama swasta' la sekejap di dewan tu. PakLong adalah anak kedua merangkap anak sulung lelaki Makwe- dia telah sort of 'merajukkan diri' dari kami semua selama beberapa tahun. Aku pun dah tak ingat apa kes sebenarnya. Tak kisahlah...at least, diorg dpt cium tangan Makwe sebelum Makwe tutup mata.


Oh satu lagi, yang menjadi perhatian ialah pengapit Nurul, si sOOphia (tiru Mat jan, eja nama Sharifah Sofia ) - menjamu dadanya untuk tetamu semua! Alahai..suka hatilah heh, dah besar kan, boleh fikir panjang. Untuk adik2 ku di luar sana, bila sekolah tinggi 3-4 tingkat, janganlah jadi bodoh 5-6 tingkat, ok doh!

Boring jugak buat di dewan - (bagi kami yang bukan just dtg untuk makan la), tak buat apa2, sembang n makan je...Papa & Husna boleh tido lagi di kereta. Kami semua tunggu sampai 'selesai majlis' (translated : sampai semua org puas 'menyumbangkan' lagu), then balik Sentul. Aku, adik & Kak Mariam sempat tido. Lepas dinner, kami balik Puchong.

Anyway, Selamat Pengantin Baru to Nurul & Safri, semoga berkekalan ke akhir hayat!

p/s: ni sedikit gambar2 my glamour cousins;)

No comments:

 
Template by freebloggerdesigns