Tuesday, January 1, 2008

"kukis" New Year

01-01-08

2008 resolution? mmm..never think about it yet;) but I have only one in my head, which is FINISH MY THESIS BY MAY!!Caiyok..caiyok!

Hari ni cuti, mama, adik n bell (ohh of course Husna too), kitaorg buat kukis..hehe. Tak penah buat, huhuhu mcm main masak2 je:) Dulu2 pernah jugak aku buat kek n kukis masa mula2 ibu beli oven. lepas2 tu tak penah aku buat. So sempena tahun baru ni,kitorg buat la. Untuk warming up kitaorg buat cokelat kukis yg INSTANT punya je. Adik n bell pegi pinjam oven ciknab-oven ibu sudah LAMA rosak. Then bermula la experience pertama. Senang aje, tambah butter n sebijik telur je dlm adunan tu. Aku rasa mcm manis sangat so tambah lagi tepung skit.Bell pulak ckp letak skit garam(hah? garam?..first time aku dgr). Dia kata untuk 'natural'kan manis tu...hah,belasah je lah! Then kitorg campur skit hazelnuts. Bila dah masuk dlm oven, baru aku tau..kukis tu mengembang2, hehe..Second round aku buat kecik skit.

Resultnya?? Yum yum, mestilah jadi dan sedappppp. (Gambar 1 je amik, terlupa sbb excited sgt). Husna makan byk, skjp2 dtg mintak 1. Dia kata papa nak, rupanya2 dia makan separuh then dia kasi papa:)

So our mission has accomplished! Disebabkan dah jadi, semua org berkobar2 nak buat lagi. Next missions are : Butter Cookies, Oat Cookies, Brownies and Cup Cake.

Happy New Year!

No comments:

 
Template by freebloggerdesigns